MOTO

Mari Berlari Mengejar Awan, Sebelum Terbenam Mentari Senja

Sunday, May 16, 2010

Ceritera Mengecat Kereta

Pada hari sabtu lepas, aku pergi buat research budget kat Malim.Alhadulillah, kedai pertama ak pergi terus jumpe taukeh friendly. Maka aku memulakan pertanyaan"Bos ini kereta berapa kos kalo mau tuka cat?". Selepas itu, taukeh itu terus melihat-lihat kereta satria aku. Dia cakap "ini kereta sudah banyak teruk". Dalam hati, "aduh, kopak aku macam ni".

Tapi aku terus ingin mendengar penjelasan lanjut. Begitu panjang lebar penjelasan dari taukeh itu, sehinggakan aku merasa sedang in-training for sijil mengecat.Pertanyaan 'simple' aku dibalas dengan penjelasan selama 30 minit. Jenuh gak mendengar.Tapi dapat banyak knowledge tentang cat kereta.Berbaloi la jugak.

Antara teknik yang harus diguna pakai ialah teknik COB(name panjang aku lupe da...haha).
Teknik COB:
1.Undercoat painting.
2.Base painting.
3.Finisher atau dipanggil 'harderner'.

Kebanyakan kedai cat murah@'kampung' mengabaikan langkah pertama. Ini akan menyebabkan cat mudah terkopek.Mengikut penjelasan taukeh, undercoat ni umpama 'piling' kalo diibaratkan dengan building structure.Tanpe 'piling' make mudah bangunan untuk roboh.

Hardener lak diletak pada lapisan paling atas cat berfungsi menangkis serangan ultra-violet dan asid(hasil dari hujan atau tahi burung). Kalo hardener ni nipis maka akan kurang lifespan untuk cat.

Itu baru satu bab.Kemudian aku bertanyakan budget.Taukeh menerangkan kriteria dalam menentukan harga cat kereta.
1. Car conditions.
2. Type of paints.(solid, pearl,metallic,metallic 2k)
3.Paint Quality.(dalam quality cat ni ade 3 jenis kalau ikut kebanyakan kedai: imported,imported+local,local)...kelebihan fully imported ialah boleh bertahan selama 10 tahun.2nd choice 'bout 5 tahun. 3rd choice lebih kurang 2 tahun lebih.

Taukeh tersebut mengklasifikasikan kereta aku in average condition.(agak teruk la).Setelah perkiraan dibuat budget yang di'propose' agak mengejutkan.(wow mahal gile).

Aku tidak puas hati.Lantas bergerak ke kedai seterusnya.Lebih kurang 5 kedai yang aku kunjungi aku merumuskan budget untuk paint job memang about that amount.Cukup takat ni aku nak kongsi.(sape mau exact budget pm aku...haha).

No comments:

Post a Comment